Melebar dan Memanjangkan Sayap Seekor Burung
Semalam berlangsung acara riadah anjuran MAIWP dan anak2 syarikat seperti PPZ, PICOMS dan Yayasan Taqwa.
Saya sempat bermain tiga kali. Semput nafas dibuatnya berlari ke sana sini tanpa henti2 tapi rasa best. Berpeluh habis. Dapat juga mengenali warga kerja keluarga MAIWP (yang muda2).
Sewaktu masa rehat antara permainan, sempat menyantuni beberapa rakan baru di kalangan warga kerja MAIWP. Ada juga yang minta saya sign autograph.
Dalam keadaan berpeluh basah, saya terfikir nak tulis kata2 semangat.
"Spread your wings the widest and the longest".
"Lebarkan sayap anda sebesar dan sepanjang mungkin".
Misi riadah dan sosialisasi berjaya.
InsyaAllah, saya akan turun bermain lagi dengan anak2 syarikat MAIWP yang lain. Seorang pejuang bila dah pecah peluh tak boleh berhenti.
Ahhh....malam ni ada acara badminton pula. Boleh berpeluh dan bersosialisasi lagi. Best sangat.
Terima kasih semua rakan2 warga kerja keluarga MAIWP....jumpa lagi. Terima kasih juga dapat air tebu segar.
MDB